nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Fahmi jelaskan isu kritikan terhadap lantikan beberapa menteri

18 DIS : Kerajaan Perpaduan hari ini tampil menjelaskan isu rombakan Kabinet yang mengundang kritikan pelbagai pihak, khususnya berkaitan pelantikan beberapa menteri dan timbalan menteri baharu.

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang perlu diperjelaskan supaya pelantikan berkenaan dapat difahami secara menyeluruh.

Antara pelantikan yang menjadi perhatian ialah Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi portfolio Wilayah Persekutuan (WP) bersama timbalannya, Datuk Lo Su Fui, selain Marhamah Rosli sebagai Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Menurut Fahmi, portfolio WP kini diletakkan di bawah JPM dan tidak lagi berstatus kementerian seperti sebelum ini.

“Saya nak bercakap khusus berkaitan serangan yang dibuat terhadap pelantikan YB Hannah Yeoh dan Datuk Lo timbalan menteri. Ada beberapa perkara yang wajib dijelaskan bahawa bagi pelantikan YB Hanna, beliau menggalas tugas sebagai Menteri di JPM yang menguruskan portfolio WP.

“Ia bukan Kementerian WP seperti sebelum ini. Bermaksud bagi menteri-menteri di JPM, ketuanya adalah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Sebarang tindakan, keputusan akan dirujuk kepada PM,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata kebiasaannya mesyuarat pasca Kabinet akan turut disertai semua menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan penyelarasan pentadbiran berjalan lancar.

“Jadi dari segi pengurusan tidak akan berlaku apa-apa perkara…PM memantau sekiranya perlu menyampaikan apa-apa nasihat atau arahan kepada menteri di JPM,” katanya.

Menyentuh kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung pelantikan berkenaan, Fahmi berkata Hannah telah memaklumkan bahawa beliau dihubungi Asyraf bagi memberikan penjelasan lanjut.

Sementara itu, Fahmi berkata, Marhamah yang turut dikaitkan dengan beberapa isu telah memberi penjelasan terperinci berkaitan kutipan dana bagi kempen ‘Justice for Zara’, yang menurutnya mematuhi semua peraturan serta syarat ditetapkan.

Berhubung kritikan terhadap Adam Adli yang sering dikaitkan dengan desakan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Fahmi menyifatkan perkara itu sebagai amalan biasa dalam landskap politik.

“Perdana Menteri sendiri sering dikaitkan dengan janji menurunkan harga minyak, malah pemimpin lain juga sering diingatkan dengan kenyataan lama mereka,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.