nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JPN perjelas dakwaan tular salah guna nombor MyKad

KENYATAAN MEDIA

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan mengenai satu hantaran tular di media sosial yang mendakwa berlakunya penyalahgunaan nombor MyKad milik arwah bapa pengadu oleh seorang individu lain termasuk dakwaan melibatkan warga asing.

Hasil semakan terperinci JPN mendapati kedua-dua individu yang dirujuk dalam paparan tersebut merupakan warganegara Malaysia dan masing-masing mempunyai nombor MyKad yang berbeza. Semakan juga mendapati tiada sebarang unsur penyalahgunaan identiti, pengeluaran dokumen pengenalan secara tidak sah atau penglibatan warga asing seperti yang didakwa.

Berhubung paparan Maklumat Wang Tak Dituntut (WTD) yang dikongsikan, JPN juga telah membuat semakan silang dengan agensi berkaitan bagi memastikan ketepatan maklumat. Pengadu mahupun orang awam adalah dinasihatkan supaya merujuk terus kepada pihak Bahagian Wang Tidak Dituntut (BWTD), Jabatan Akauntan Negara bagi tujuan pengesahan lanjut dan tuntutan, selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan oleh agensi berkenaan.

JPN juga mengesahkan bahawa nombor MyKad milik arwah bapa pengadu adalah sah dan kekal didaftarkan atas nama beliau, dan pengesahan rasmi oleh waris berkaitan perkara tersebut boleh dibuat di mana-mana pejabat JPN.

Sehubungan itu, JPN menegaskan bahawa integriti dan keselamatan data pengenalan diri rakyat Malaysia sentiasa dipelihara dengan ketat, selaras peruntukan undang-undang serta prosedur keselamatan sedia ada. JPN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan data dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi, tuduhan tidak berasas atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan serta kebimbangan awam.

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.