nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

31 mangsa sindiket penipuan kerja di Myanmar dibawa pulang

20 DIS : Seramai 31 warganegara Malaysia yang terlibat dalam sindiket penipuan dalam talian di Myanmar selamat dibawa pulang, hari ini.

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Kedutaan Besar Malaysia di Yangon berjaya memudah cara usaha repatriasi 31 warganegara Malaysia itu yang beroperasi di Myawaddy, Myanmar.

“Kumpulan rakyat Malaysia ini adalah antara beberapa warga asing yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Myanmar dalam operasi membanteras aktiviti penipuan dalam talian di kawasan Myawaddy baru-baru ini,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kementerian yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra, kumpulan tersebut selamat tiba di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, Kedah jam 6.50 petang tadi.

Kesemua mereka terlibat kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut.

“Identiti individu-individu tersebut telah disahkan lebih awal oleh pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok semasa operasi repatriasi sebelum ini pada awal Disember.

“Kepulangan mereka tidak dapat diuruskan serta-merta kerana mereka tertakluk kepada undang-undang imigresen tempatan atas kesalahan masuk tanpa izin.

“Walau bagaimanapun, hasil usaha dan rundingan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok serta bantuan pihak berkuasa Imigresen Tak, kumpulan tersebut telah dibebaskan di bawah Mekanisme Rujukan Kebangsaan (NRM) Thailand pada 19 Disember 2025,” menurut Wisma Putra.

Susulan pembebasan tersebut, kata Wisma Putra kumpulan itu disambut pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan dihantar pulang ke Malaysia melalui jalan darat menerusi Bukit Kayu Hitam.

“Bantuan konsular yang komprehensif telah diberikan termasuk pemakluman kepada ahli keluarga, pengeluaran dokumen perjalanan sementara, penyelarasan logistik, penyediaan keperluan asas, serta pengiringan sepanjang perjalanan selama 26 jam dari Mae Sot, Wilayah Tak ke Bukit Kayu Hitam.

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia di luar negara, terutamanya mereka yang telah menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan dan dalam talian.

“Kejayaan operasi ini adalah hasil kerjasama erat antara Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Yangon, serta Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Thailand dan pihak berkuasa di Myanmar atas kerjasama teguh dalam memudah cara dan mempercepatkan usaha membawa pulang 31 warganegara Malaysia tersebut.

“Kementerian ini kekal komited dalam memastikan kebajikan warganegara Malaysia di luar negara terpelihara dan, menerusi perwakilan diplomatiknya, akan terus menghulurkan bantuan konsular pada bila-bila masa diperlukan,” kata Wisma Putra lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.