nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ASEAN perlu tegas pelihara keamanan serantau : Malaysia

22 DIS : Malaysia berpendirian negara ASEAN perlu tegas dalam memelihara keamanan serta kestabilan rantau ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ASEAN kini berada pada fasa genting dalam mengurus hal ehwal serantau dan global.

Justeru itu katanya, segala permusuhan dan konflik perlu ditamatkan serta menjadi keutamaan semua pihak.

“Keadaan ini mengancam kredibiliti ASEAN sebagai salah satu organisasi serantau dan projek integrasi yang paling berjaya dan berkesan dalam sejarah moden.

“Dalam ASEAN dan dunia yang saling berhubung rapat, sebarang kejutan keselamatan merupakan ujian ketahanan ASEAN dan juga kebimbangan global.

“Inilah sebabnya mengapa semua pihak mesti menjadikan pemberhentian permusuhan dan penyelesaian secara aman sebagai keutamaan tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan perkembangan terkini konflik sempadan antara Kemboja dan Thailand yang berlarutan.

Mesyuarat berkenaan dihadiri Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow dan Menteri Luar, Prak Sokhonn merangkap Timbalan Perdana Menteri Kemboja serta wakil-wakil negara ASEAN lain termasuk Indonesia, Singapura, Vietnam dan Brunei.konflik sempadan

Dalam pada itu, Mohamad berkata rantau ini perlu menonjolkan ketahanan dan keupayaan yang selama ini menjadi kekuatan ASEAN.

“Kita mesti menunjukkan kepada dunia bahawa ketahanan dan kebolehan menyesuaikan diri inilah yang telah menjadi kekuatan ASEAN selama hampir 60 tahun.

“Walaupun tidak semua konflik mempunyai penyelesaian yang jelas pada masa ini, ASEAN memiliki kekuatan yang sama penting, iaitu pengajaran daripada pengalaman lalu.

“Dengan meneladani kebijaksanaan, solidariti dan kepercayaan yang telah membawa rantau ini melalui pelbagai zaman pergolakan, ASEAN dapat menemukan pedoman untuk mengemudi masa depan dengan lebih yakin,” katanya.

Katanya, mesyuarat itu merupakan komitmen berterusan ASEAN dalam menangani situasi terkini di sempadan Kemboja-Thailand, berlandaskan prinsip asas ASEAN sejak penubuhannya pada 1967.

Tambahnya, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menzahirkan keprihatinan terhadap kesan konflik ke atas orang awam serta menggesa pelaksanaan sepenuhnya perjanjian gencatan senjata dan Perjanjian Damai Kuala Lumpur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.