nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kemboja-Thailand: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN hari ini

KENYATAAN MEDIA

WISMA PUTRA

Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, akan menganjurkan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN mengenai Situasi Terkini antara Kemboja dan Thailand di Kuala Lumpur pada 22 Disember 2025. Mesyuarat Khas ini adalah susulan kepada persetujuan yang dicapai oleh Perdana Menteri Malaysia, Kemboja dan Thailand pada 11 Disember 2025.

Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Luar Negeri. Ianya akan memberikan satu wadah kepada Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN untuk bertukar pandangan mengenai situasi semasa antara Kemboja dan Thailand, serta mempertimbangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ASEAN bagi menyokong usaha berterusan untuk meredakan ketegangan dan menghentikan permusuhan, demi keamanan dan kestabilan antara kedua-dua Negara Anggota ASEAN tersebut serta rantau ini secara keseluruhan. Mesyuarat Khas ini mencerminkan komitmen terhadap perpaduan dan solidariti ASEAN, serta pematuhan kepada Kepusatan ASEAN dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau, selaras dengan Piagam ASEAN dan Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia – TAC)

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia kekal komited untuk memainkan peranan yang konstruktif dalam memudah cara dialog berlandaskan semangat ASEAN, dan dalam hal tersebut, untuk membantu kedua-dua pihak agar terus menjunjung prinsip undang-undang antarabangsa, hubungan kejiranan yang baik dan kewujudan bersama secara aman, serta kerjasama dua hala dan pelbagai hala ke arah mencapai penyelesaian yang aman, adil dan berkekalan terhadap sebarang pertikaian.

WISMA PUTRA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.