nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Titah Adendum: Najib kekal di Penjara Kajang

22 DIS : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pelaksanaan Titah Adendum bagi membolehkannya menjalani baki hukuman di rumah, hari ini.

Hakim Datuk Alice Loke Yee Ching ketika membacakan keputusannya berkata titah itu tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari, tahun lalu.

“Untuk ditegaskan sekali lagi, Yang di-Pertuan Agong ialah seorang Raja Berperlembagaan dan menjalankan kuasa serta fungsinya selaras dengan peruntukan Perlembagaan. Pelaksanaan kuasa prerogatif pengampunan tidak terkecuali daripada prinsip ini.

“Ia mesti dilaksanakan dalam rangka perundangan yang menyediakan perlindungan dan had-had sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan. Perintah Adendum tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61.

“Tiada pematuhan terhadap Perkara 42. Oleh itu, perintah tersebut bukan suatu perintah yang sah. Para responden tidak mempunyai kuasa dan tidak mempunyai kewajipan untuk mematuhi atau menguatkuasakannya.

“Sebaliknya, pemohon juga tidak mempunyai hak untuk mendapatkan perintah mandamus. Dalam keadaan ini, permohonan semakan kehakiman dalam itu ditolak,” katanya.

Najib, 72 dipenjara sejak 23 Ogos 2022 kerana bersalah atas kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan hanya akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

Namun rayuannya berjaya mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada 6 tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.