nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Titah Adendum: AGC nafi keputusan mahkamah kurangkan kuasa raja

23 DIS : Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak dakwaan kononnya keputusan mahkamah berkait titah adendum bagi kes Datuk Seri Najib Razak, semalam mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri (YDPN) berkenaan pengampunan.

Tegas jabatan itu, kenyataan yang dibuat peguam Najib tidak benar sama sekali dan tidak mencerminkan alasan sebenar yang diberikan Mahkamah Tinggi terhadap keputusan penolakan permohonan semakan kehakiman tersebut.

“Semasa menolak permohonan semakan kehakiman Najib, mahkamah menekankan pengampunan adalah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang terjamin di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan (PP) sebagaimana diputuskan dalam keputusan duluan Mahkamah Atasan.

Namun begitu, Perkara 42 PP juga memperuntukkan bahawa dalam menjalankan kuasa prerogatif tersebut, YDPA dan Raja-Raja Melayu serta YDPN akan bersidang bersama Lembaga Pengampunan dalam memutuskan sesuatu permohonan pengampunan,” menurut AGC dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan pelaksanaan Titah Adendum bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Hakim Datuk Alice Loke Yee Ching ketika membacakan keputusannya berkata titah itu tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari, tahun lalu.

Mengulas lanjut, AGC berkata Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Ke-61 jelas mendedahkan perihal tahanan rumah tidak pernah dibincangkan atau dititahkan YDPA ke-16 semasa mesyuarat tersebut.

“Dalam hal ini, mesyuarat tersebut hanya membincangkan permohonan pengampunan penuh Najib dan titah YDPA ke-16 pada ketika itu hanyalah supaya hukuman penjara dan denda dikurangkan sebanyak 50 peratus.

“Sehubungan itu, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa titah tambahan untuk tahanan rumah tidak dibuat berdasarkan Perkara 42 PP memandangkan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat dan tidak diputuskan oleh YDPA ke-16 dalam mesyuarat yang sama.

“Ini jelas menunjukkan bahawa, keputusan Mahkamah ini tidak sama sekali mengurangkan kuasa YDPA, DYMM Raja-Raja Melayu atau YdPN dalam memberikan pengampunan terhadap seseorang pesalah,” jelas AGC.

Tegas AGC lagi, hakim dalam penghakiman lisannya jelas mengiktiraf kuasa prerogatif YDPA, Raja-Raja Melayu serta YDPN.

“Kuasa pengampunan ini tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak lain. Namun begitu, selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan, kuasa pengampunan tersebut perlu dilaksanakan berdasarkan syarat-syarat Perlembagaan sebagaimana dinyatakan di bawah Perkara 42 PP.

“Dalam hal ini, keputusan Mahkamah Tinggi tersebut menjelaskan dengan terperinci perjalanan kuasa YDPA, Raja-Raja Melayu dan YDPN dalam memutuskan sesuatu pengampunan sekaligus memperkukuhkan dan mengesahkan kuasa institusi diraja terutamanya dalam hal ehwal permohonan pengampunan,” kata AGC.

Dalam pada itu, AGC menegaskan sebarang tindakan yang cuba menghasut dan menggugat ketenteraman awam dengan tafsiran yang salah terhadap penghakiman Mahkamah adalah amat tidak wajar.

“Semua pihak perlu menghormati tindakan untuk merayu yang sudah diambil Najib.

“Dalam hal ini, Jabatan ini akan terus komited mempertahankan institusi diraja dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dalam setiap tindakan yang diambil,” tambah AGC.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.