24 DIS : Usaha pembersihan timbunan kayu dan lumpur giat dijalankan di kawasan terjejas banjir di Pulau Sumatera, Indonesia.
Ketua Pejabat Taman Negara Gunung Leuser, Subhan berkata usaha itu dijalankan dengan kerjasama beberapa institusi dan kementerian lain serta komuniti setempat.
“Operasi pembersihan berskala besar adalah keutamaan kami untuk memulihkan akses awam dan aktiviti komuniti terutamanya di sekolah dan kawasan penempatan.
“Kami mengerahkan pasukan dan peralatan bagi memastikan proses itu berjalan lancar. Kami juga mahu memastikan keadaan sekitar yang terjejas kembali selamat,” katanya.
Sementara di wilayah Aceh Tamiang, ratusan sukarelawan membantu proses membersihkan longgokan kayu sekitar Pesantren Darul Mukhlisin.
Setakat ini usaha yang tetap bersambung sehingga waktu malam itu sudah mencapai tahap 30 peratus.
Di Aceh Utara pula, usaha pembersihan jalan masuk ke kawasan penempatan giat dijalankan.