nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ramai pemimpin PN letak jawatan ikut jejak Muhyiddin

30 DIS : Beberapa pemimpin Bersatu yang mengetuai Badan Perhubungan Negeri bagi Perikatan Nasional (PN) mengikut jejak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PN, hari ini.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan berkata tindakan meletakkan jawatannya itu dibuat susulan keputusan Muhyiddin.

“Mengambil maklum keputusan Muhyiddin untuk meletakkan jawatan sebgaai Pengerusi PN serta menghormati kuasa pelantikan adalah prerogatif Pengerusi, dengan ini saya memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PN Perak berkuat kuasa 1 Januari 2026.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Negeri Perak atas kerjasama, sokongan juga kepercayaan yang diberi sepanjang saya menggalas amanah ini,” katanya.

Pagi tadi, Muhyiddin mengumumkan keputusan melepaskan jawatan tertinggi gabungan itu berkuat kuasa 1 Januari 2026 susulan konflik di Perlis.

Sementara itu, Datuk Seri Azmin Ali turut meletakkan jawatannya sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai setiausaha agung adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin.

“Maka saya juga meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN bermula 1 Januari 2026 dan saya juga mengambil pendirian meletakkan jawatan selaku Pengerusi Badan Perhubungan PN Selangor berkuat kuasa tarikh sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Di Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal juga mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN negeri itu.

Menurut bekas Menteri Besar Johor itu, keputusan tersebut susulan peletakan jawatan Muhyiddin yang melantiknya ke jawatan tersebut.

Di Negeri Sembilan, keputusan sama turut diambil Mohamad Hanifah Abu Baker,

“Saya mengambil maklum bahawa pelantikan saya sebagal Pengerusi PN Negeri Sembilan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Pengerusi PN Malaysia.

“Sehubungan itu, saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026,” katanya.

Wakil Bersatu lain yang memegang jawatan sama adalah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Melaka), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Sabah), Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (Wilayah Persekutuan) dan Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak).

Namun setakat ini tiada sebarang kenyataan daripada mereka berkait jawatan yang disandang itu.

*FOTO: FACEBOOK PERIKATAN NASIONAL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.