nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Salah jika guna AI buat kandungan memudaratkan

3 JAN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan penyalahgunaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan memudaratkan adalah suatu kesalahan.

Menurut MCMC, pihaknya bertindak terhadap aduan orang awam berkait penyalahgunaan alat AI di platform X termasuk yang memanipulasi imej.

“MCMC mengambil maklum dan memandang serius aduan orang awam berhubung penyalahgunaan alat AI di platform X termasuk penggunaan Al untuk memanipulasi imej wanita dan kanak-kanak bagi menghasilkan kandungan yang tidak senonoh, jelik melampau atau memudaratkan.

“MCMC menegaskan bahawa penghasilan atau penyebaran kandungan memudaratkan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

“MCMC akan memulakan siasatan terhadap pengguna X yang disyaki melanggar AKM,” menurut MCMC dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut MCMC, akta itu antara lainnya melarang penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian atau aplikasi untuk menghantar kandungan yang berunsur jelik melampau, lucah atau sumbang.

Tegas MCMC, dengan penguatkuasaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA), platform dalam talian dan penyedia perkhidmatan berlesen dikehendaki mengambil langkah bagi mencegah penyebaran kandungan memudaratkan dalam talian termasuk kandungan lucah, tidak senonoh serta bahan penderaan seksual kanak-kanak.

“Walaupun X bukan penyedia perkhidmatan berlesen buat masa ini, platform tersebut tetap perlu mematuhi piawaian keselamatan dalam talian di Malaysia dan bertanggungjawab mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan.

“MCMC kini sedang menyiasat kemudaratan dalam talian yang berlaku di X dan akan memanggil wakil platform berkenaan,” menurut kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, MCMC menggesa semua platform yang boleh diakses di Malaysia supaya melaksanakan langkah perlindungan selaras dengan undang-undang Malaysia dan piawaian keselamatan dalam talian khususnya berkaitan fungsi Al, chatbot dan aplikasi manipulasi imej.

“Pengguna Internet dan mangsa dinasihatkan untuk melaporkan kandungan memudaratkan kepada platform berkaitan serta membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC termasuk melalui portal aduan dalam talian MCMC,” kata kenyataan itu lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.