nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Turkiye intai usaha perluas kerjasama serantau, D-8, OIC

8 JAN: Malaysia dan Turkiye meneliti usaha untuk memperluas dan memperkukuh kerjasama antara kedua negara dalam pelbagai hala.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Kerjasama Strategik Peringkat Tinggi (HLSCC) bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang diadakan di Ankara.

Menurutnya mesyuarat itu diadakan bagi menetapkan hala tuju kerjasama strategik Malaysia-Republik Turkiye demi manfaat bersama.

“Antara perkara utama yang disentuh dalam mesyuarat ini ialah pengukuhan kerjasama strategik merentasi pelbagai bidang keutamaan.

“Meliputi perdagangan dan pelaburan; industri halal; kewangan Islam; semikonduktor; sistem pengangkutan pintar (ITS); pertahanan dan keselamatan; tenaga dan alam sekitar; unsur nadir bumi (REE); pelancongan serta pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, selain serantau, penelitian kepada usaha memperluas dan memperkukuh kerjasama itu juga dilihat untuk pelbagai hala khususnya melalui ASEAN, Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Selain itu, kata Anwar, kedua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai situasi semasa di Gaza serta perkembangan keselamatan dan kemanusiaan di Timur Tengah.

“Saya menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan terhadap peranan Malaysia sebagai pemudah cara dalam usaha perdamaian antara Kemboja dan Thailand di samping pengiktirafan terhadap kejayaan Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar yang dalam rangka lawatan rasmi sulung ke Turkiye itu menerima penghormatan tertinggi melalui penganugerahan Order of the Republic.

Anugerah itu disampaikan sendiri Erdogan sebagai pengiktirafan terhadap usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Türkiye.

Menurut Anwar, beliau menerima anugerah itu dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, bukan atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia.

“Penganugerahan ini juga melambangkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, berteraskan kepercayaan, saling menghormati dan aspirasi bersama untuk keamanan serta kemakmuran sejagat.

“Saya berharap pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin untuk memperkukuh kerjasama Malaysia dan Türkiye merentasi pelbagai bidang strategik, demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Terdahulu, Anwar diberi sambutan rasmi penuh istiadat di Ankara.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.