nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syarikat Turkiye dijemput perluas pelaburan ke Malaysia

8 JAN : Malaysia mengalu-alukan syarikat-syarikat dari Turkiye untuk memperluas pelaburan ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan perkara itu ketika menghadiri Mesyuarat Meja Bulat bersama Pimpinan Industri Perniagaan Republik Turkiye di Istanbul, hari ini.

“Saya turut mengalu-alukan syarikat-syarikat Turkiye untuk memperluas serta meningkatkan pelaburan di Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem pelaburan yang stabil, tenaga kerja berkemahiran serta kedudukan strategik negara sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN.

“Kerjasama erat antara syarikat-syarikat Malaysia dan Turkiye menjadi pemangkin kepada kepesatan perdagangan, pelaburan serta pemindahan teknologi, sekali gus memperkukuh asas pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook selepas menghadiri sesi itu, hari ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, Kerajaan MADANI akan memudah cara urusan perniagaan melalui proses yang lebih cekap, telus dan mesra pelabur.

Katanya, ia bagi memastikan setiap pelaburan yang direalisasikan itu memberi nilai tambah, limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat kedua-dua negara.

Mesyuarat itu menghimpunkan 46 syarikat Turkiye dan Malaysia meliputi pelbagai sektor antaranya pertahanan dan aeroangkasa; semikonduktor dan elektronik; automotif dan kenderaan elektrik; oleokimia serta industri halal.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.