nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tiada tindakan lanjut terhadap 47 kes DNAA Zahid

8 JAN : Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkait 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Kenyataan AGC itu hari ini mengesahkan penamatan kes membabitkan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.

AGC dalam satu kenyataan hari ini menegaskan keputusan yang diambil adalah berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang.

“Jabatan ini memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil berhubung kes berkenaan.

“Keputusan ini dengan sekaligus membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan selaras dengan kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan.

“Jabatan ini menegaskan keputusan yang diambil adalah berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan untuk memastikan kepastian dan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah,” menurut AGC.

Kenyataan itu merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan melibatkan kesalahan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Menurut AGC, susulan keputusan DNAA itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut serta terperinci merangkumi aspek-aspek berkaitan sumber dana, kaedah perolehan serta penggunaan dana berkenaan.

“Ini termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan melalui enam representasi dikemukakan kepada Jabatan ini selepas Ahmad Zahid dipanggil untuk membela diri.

“Setelah meneliti keseluruhan bahan dan keterangan baharu diperolehi hasil daripada siasatan lanjut dan penelitian tersebut, jabatan ini, berdasarkan penilaian dan pertimbangan pendakwaan, mendapati bahawa keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut,” menurut AGC.

Katanya, penelitian dibuat dengan mempertimbangkan beberapa perkara iaitu skop dan fokus siasatan pada peringkat awal yang berkaitan secara langsung dengan pertuduhan difailkan serta langkah-langkah siasatan lanjut dan terperinci yang kemudiannya dijalankan SPRM bagi melengkapkan gambaran keseluruhan fakta, konteks juga keterangan baharu kes.

Selain itu, penelitian itu turut mempertimbangkan penilaian dalaman pendakwaan yang sudah direkodkan pada peringkat awal berhubung kesesuaian serta kecukupan keterangan bagi menyokong pendakwaan dan kebolehkekalan penerusan pendakwaan.

Kata AGC, turut dipertimbangkan adalah hasil siasatan lanjut tersebut yang merangkumi keseluruhan tempoh penubuhan serta operasi Yayasan Akalbudi termasuk aliran dan sumbangan dana ke dalam yayasan berkenaan dari semasa ke semasa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.