14 JAN : Seramai 22 orang dilaporkan maut dan 55 lagi cedera dalam kejadian kren pembinaan jatuh di atas sebuah kereta api penumpang di Thailand, pagi tadi.
Insidensekitar jam 9 pagi itu menyebabkan kereta api itu tergelincir dan terbakar di Nakhon Ratchasima.
Ketua Polis Wilayah Nakhon Ratchasima, Thatchapon Chinnawong berkata kejadian itu melibatkan kren untuk pembinaan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi.
Rakaman yang tular menunjukkan pasukan penyelamat bergegas menyelamatkan mangsa pada sebuah gerabak kereta api berwarna biru dan oren yang terbalik.
Kereta api malang itu dilaporkan dalam perjalanan dari Bangkok ke Ubon Ratchathani.
Menteri Pengangkutan Thailand, Phiphat Ratchakitprakarn berkata terdapat 195 penumpang di dalam kereta api tersebut yang terlibat dalam kemalangan itu.
Projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi itu bernilai AS$5.4 bilion yang disokong China bagi menghubungkan Bangkok ke Kunming China melalui Laos menjelang 2028.