nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lesen ASP(C): Penetapan jumlah pengguna media sosial diteliti

15 JAN : Kementerian Komunikasi sedang mempertimbang kewajaran menyemak semula penetapan jumlah pengguna media sosial di Malaysia bagi pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)].

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata tindakan itu susulan isu kecerdasan buatan (AI) milik X, Grok yang didapati menjana kandungan berunsur lucah dan memudaratkan melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Kata Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertanggungjawab mengkaji angka itu secara menyeluruh.

“Kita sedang dalam proses penilaian kerana platform yang sangat popular di Malaysia adalah TikTok, Facebook dan beberapa yang lain.

“X pula mungkin kurang popular, namun memandangkan isu Grok ini berlaku, kementerian bersama MCMC melihat ada kewajaran untuk meneliti semula penetapan jumlah pengguna di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Lembah Pantai, hari ini.

Sejak 1 Januari lalu, Malaysia menetapkan semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di negara ini secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang lesen [ASP(C)] menerusi pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Fahmi berkata penentuan had yang sesuai serta tindakan susulan akan diserahkan sepenuhnya kepada MCMC.

“Saya serahkan kepada MCMC untuk mengkaji apa had yang sesuai dan apakah tindakan yang perlu diambil,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan pengesahan umur pengguna media sosial menerusi penggunaan tiga dokumen rasmi, iaitu MyKad, pasport dan MyDigital ID.

“Perkara ini sedang diteliti menerusi mekanisme pengesahan identiti Electronic Know Your Customer (EKYC).

“Kita melihat beberapa negara telah berjaya melaksanakannya, namun mekanisme Malaysia akan berbeza kerana keunikan tersendiri,” katanya.

Menurutnya, sistem MyKad di negara ini memberi kelebihan kepada Malaysia berbanding negara lain.

“Tidak semua negara mempunyai sistem kad pengenalan seperti kita. Oleh itu, pendekatan yang diambil akan disesuaikan mengikut acuan Malaysia,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.