nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bahasa Melayu dan Sejarah diwajibkan bagi semua aliran sekolah

20 JAN : Kerajaan mewajibkan semua sekolah di negara ini mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah mengikut kurikulum kebangsaan termasuk dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketetapan itu termasuk bagi sekolah aliran antarabangsa, agama rakyat dan persendirian Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

“Saya jelaskan keperluan bahasa dan menuntut supaya semua sistem pendidikan dalam negara kita menetapkan dan mewajibkan Bahasa Melayu mengikut kurikulum kementerian termasuk sehingga SPM.

“Sama ada di sekolah antarabangsa, ramai anak-anak Malaysia yang di sekolah antarabangsa tanpa kecuali diwajibkan mengambil ujian Bahasa Melayu SPM dan juga Sejarah Malaysia.

“Di sekolah agama rakyat dan Maahad Tahfiz yang mencecah lebih 400,000 pelajar, juga diwajibkan mengambil Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia. Ini terpakai juga tentang kontroversi kecil soal UEC biarpun keadaan sudah berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035, hari ini.

Pelaksanaan dasar itu akan dilaksanakan dalam jadual waktu rasmi persekolahan.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ketetapan itu menyelesaikan isu berbangkit berkait syarat kemasukan ke Universiti Awam (UA).

“Kita terima baik asalkan syarat ini diterima. Saya fikir majoriti besar rakyat dari semua kaum, semua daerah setuju dan cuba melaksanakan termasuk dalam semua sistem pendidikan negara kita.

“Cuma kita nak perkemaskan. Negara ini sudah menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Maka penguasaan bahasanya bukan sekadar menguasai, tapi harus ditingkatkan sebagai bahasa lingua franca dan juga bahasa ilmu,” katanya.

Menurutnya lagi, pada masa sama pelajar perlu menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

“Tidak hanya belajar dan mengajar sambil lewa. Standard dan mutu pendidikan Bahasa Inggeris mesti ditingkatkan dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana negara kita, negara perdagangan.

“Maka penguasaan Bahasa Inggeris itu harus diberi keutamaan untuk menjamin masa depan anak-anak di ruang dan medan antarabangsa dan juga dalam bidang apa yang disebut sebagai penguasaan ilmu dalam transformasi digital, peralihan tenaga, kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya,” katanya.

Susulan itu katanya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) wajib memastikan semua Sekolah Kebangsaan (SK) memiliki guru yang mencukupi untuk mengajar semua subjek itu termasuk subjek pilihan seperti Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab.

“Selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, anak-anak sama ada anak Cina atau Melayu yang ingin belajar Bahasa Cina sebagai bahasa pilihan atau Bahasa Tamil atau Bahasa Arab, KPM wajib menyediakan guru yang cukup memberikan ruang kepada anak-anak ini belajar bahasa-bahasa ini.

“Jadi pilihan Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab mesti ada di sekolah-sekolah bagi anak-anak yang memilih untuk menguasai bidang-bidang itu. Kita harap dapat diselesaikan kontroversi bahasa yang tidak berkesudahan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.