nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rasuah mampu hancurkan sistem pertahanan negara

21 JAN : Amalan rasuah mampu menghancurkan sistem pertahanan negara bukan sekadar merosakkan tadbir urus kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan perkara itu ketika melancarkan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), hari ini.

Tegasnya, dasar yang terbaik sukar untuk dirangka sekiranya setiap inisiatif bagi kepentingan rakyat dan keselamatan negara dipengaruhi kepentingan peribadi serta dorongan komisen.

“Ketika berucap pada Majlis Peluncuran DIPN, saya menegaskan bahawa amalan rasuah bukan sekadar merosakkan tadbir urus kerajaan, malah berupaya menghancurkan sistem pertahanan negara serta mengkhianati amanah rakyat yang telah diberikan.

“Pastinya, amat sukar bagi kerajaan dan juga Kementerian Pertahanan untuk merangka dasar pertahanan serta perolehan terbaik sekiranya setiap inisiatif yang menyentuh kepentingan rakyat dan keselamatan negara dipengaruhi oleh kepentingan peribadi serta dorongan komisen,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurutnya, industri pertahanan merupakan antara sektor yang paling terdedah kepada amalan songlap dan cekau sekiranya tidak dikawal oleh sistem tadbir urus yang ketat, telus dan berintegriti.

“Sehubungan itu, mengenai DIPN, saya tegaskan bahawa ia bukan sahaja bertujuan membina keupayaan industri, malah memberi harapan baharu kepada negara.

“Pelaksanaannya mesti berteraskan integriti serta amalan tadbir urus yang baik, khususnya dalam menangani isu rasuah dan penyelewengan demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara dan keyakinan rakyat dapat dikekalkan,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.