AIFA di WhatsApp alami gangguan sementara
23 JAN : Perkhidmatan Artificial Intelligence Fact-checking Assistant (AIFA) pada platform WhatsApp akan mengalami gangguan sementara.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan ia berikutan kerja penyelenggaraan sistem yang dijadualkan.
Menurut MCMC, gangguan perkhidmatan itu dijangka pada 23 Januari 2026 (Jumaat) bermula jam 8 hingga 10 pagi sebelum kembali beroperasi seperti biasa.
“Sepanjang tempoh itu, orang awam masih boleh mendapatkan maklumat sahih dan melakukan semakan fakta melalui portal Sebenarnya.my yang beroperasi tanpa gangguan,” menurut MCMC.
MCMC memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kefahaman orang ramai.