nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU Pembaharuan Semula Bandar ditarik balik

23 JAN : Kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 untuk ditambah baik sebelum kembali dibentang di Parlimen.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri, hari ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk ahli Parlimen dan UMNO.

“Jemaah menteri bersetuju bahawa RUU PSB akan ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan dan tambahan yang akan diteliti, dibentangkan, dibincang dan diputuskan jemaah menteri pada satu tempoh yang akan dimaklumkan.

“Seterusnya ia akan dibentangkan semula dalam bentuk yang baharu di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Menurut Fahmi, RUU yang sudah ditambah baik akan dikemukakan semula ke Parlimen selepas melalui proses termasuk di Jabatan Peguam Negara dan dibentangkan kepada kabinet.

“Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut memaklumkan pihak UMNO sudah mengemukakan sejumlah cadangan berkaitan RUU berkenaan dan sebahagian besar daripadanya dijangka dimasukkan ke dalam draf baharu.

“Langkah itu, selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh RUU terbabit selepas meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Komunikasi itu berkata, proses tersebut dijangka mengambil masa sebelum boleh dimuktamadkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.