27 JAN : Indonesia kekal menyekat akses kecerdasan buatan (AI) Grok milik platform X.
Sekatan itu kekal sehingga X memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan republik itu.
Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid berkata pihaknya masih menilai sekatan tersebut.
“Statusnya kekal disekat oleh Kementerian Komunikasi dan Digital sementara menunggu kepastian pematuhan daripada Grok untuk disampaikan kepada kerajaan,” katanya.
Sejak 10 Januari lalu, sekatan Indonesia ke atas akses Grok dilaksanakan susulan kebimbangan kandungan pornografi dan deepfake yang dijana AI menimbulkan risiko kepada keselamatan awam.
Selain itu, Indonesia juga sudah menyekat 2,737,962 kandungan negatif sepanjang 2025, termasuk 2,087,109 berkaitan perjudian dalam talian.