nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kelemahan pendaftaran SIM prabayar punca penipuan berleluasa

28 JAN : Kelemahan dalam sistem pendaftaran kad SIM prabayar dikenal pasti sebagai antara faktor utama penyalahgunaan perkhidmatan selular untuk kegiatan penipuan termasuk penipuan dalam talian.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata mekanisme pendaftaran kendiri yang digunakan ketika ini terlalu bergantung kepada muat naik dokumen, sekali gus terdedah kepada pemalsuan, kecurian identiti dan pendaftaran palsu.

Selain itu, kewujudan kad SIM praaktif serta amalan pendaftaran yang tidak konsisten di pasaran memburukkan lagi keadaan.

“Ketiadaan identiti digital yang selamat telah mengehadkan kebolehkesanan dan kebertanggungjawaban pengguna,” menurut MCMC.

Dapatan itu dikeluarkan MCMC dalam Laporan Siasatan Awam berhubung cadangan Penentuan Suruhanjaya bagi Standard Mandatori untuk Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Selular Awam Prabayar (Standard Mandatori) yang disiarkan, hari ini.

MCMC berkata kelemahan berkenaan bukan sahaja menjejaskan keselamatan pengguna, malah menimbulkan risiko terhadap keselamatan negara dan integriti perkhidmatan digital, sekali gus menuntut satu rangka kerja kawal selia yang lebih kukuh dan boleh dikuatkuasakan.

Laporan itu merangkumkan dapatan daripada 15 penghujahan yang diterima sepanjang tempoh siasatan awam selama 45 hari termasuk maklum balas daripada penyedia perkhidmatan dan orang awam yang secara keseluruhan menunjukkan sokongan meluas terhadap keperluan memperketat pendaftaran SIM prabayar.

Bagi menangani isu berkenaan, MCMC mencadangkan Standard Mandatori baharu yang memperkenalkan pendaftaran automatik lebih selamat, pengesahan biometrik serta penetapan tanggungjawab lebih jelas kepada penyedia perkhidmatan dan pengedar bagi membendung pendaftaran palsu dan penyalahgunaan kad SIM.

Antara penambahbaikan utama ialah pengintegrasian MyDigital ID sebagai mekanisme pengesahan bagi pendaftaran kendiri, sejajar dengan inisiatif identiti digital nasional kerajaan, bagi meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan proses pendaftaran prabayar.

MCMC akan mengeluarkan dan mendaftarkan Standard Mandatori sebagai Penentuan Suruhanjaya mengikut seksyen 55 dan 104(4) AKM 1998, bersama set Soalan Lazim (FAQ), menjelang akhir Februari 2026.

Laporan Siasatan Awam ini boleh diakses di https://mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf2/MEDIA-STATEMENT-MCMC-RELEASES-PUBLIC-INQUIRY-REPORT-ON-MANDATORY-STANDARDS_20260128.pdf

Get real time updates directly on you device, subscribe now.