nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa 3 tuduhan rasuah

29 JAN : Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Mohd Razali Alias mengaku tidak bersalah hari ini atas tiga pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau didakwa menerima suapan wang berjumlah AS$20,000 dan bayaran keseluruhan RM64,600 bagi pembelian tiket penerbangan ke luar negara untuk isterinya, dua tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat Mohd Razali, 60, di hadapan Hakim Suzan Hussin selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan.

“Saya faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya, lapor Bernama.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Razali didakwa secara rasuah menerima suapan berupa wang berjumlah AS$20,000 daripada Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A. Rahman, 45 di The Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO), Kem Kementah, Jalan Padang Tembak, antara Ogos hingga November 2024.

Suapan itu sebagai dorongan kepada tertuduh untuk meluluskan sijil pengesahan dan penerimaan perkhidmatan bagi tujuan pembayaran Perolehan Perkhidmatan Senggaraan dan Perkhidmatan Sokongan Sistem Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Razali didakwa menerima untuk isterinya, Datin Azarina Bakia, 59 bayaran berjumlah RM26,800 bagi pembelian tiket penerbangan pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Malaga, Sepanyol tanpa balasan daripada Sheikh Ahmad Nafiq yang merupakan Pengarah Syarikat Intelligence PC Centre Sdn Bhd sedangkan tertuduh mengetahui individu itu mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 15 November 2024 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara pertuduhan ketiga, Mohd Razali didakwa menerima untuk Azarina bayaran berjumlah RM37,800 bagi pembelian tiket penerbangan pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Estonia tanpa balasan daripada individu sama pada 28 April 2025.

Pertuduhan itu turut dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman serupa.

Hakim Suzana yang menetapkan sebutan kes pada 16 Mac ini membenarkan Mohd Razali diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Media sebelum ini melaporkan 23 individu, termasuk dua pegawai tinggi dan empat pegawai kanan ATM, ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa membabitkan isu perolehan serta penggunaan dana awam, selain dakwaan menerima rasuah daripada beberapa syarikat berkaitan perolehan pembekalan di TKAT dan Kementerian Pertahanan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.