nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC tumpaskan aktiviti scam guna Fake BTS di Genting Highlands

31 JAN : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menumpaskan aktiviti pemancaran Stesen Pangkalan Palsu (Fake BTS) di Genting Highlands, baru-baru ini.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, hasil pemeriksaan mengesan berlakunya pemintasan rangkaian telekomunikasi yang dipercayai digunakan untuk menghantar SMS berunsur penipuan.

“Pada 19 Januari 2026, pasukan MCMC berjaya mengesan dua buah kenderaan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pemancaran Stesen Pangkalan Palsu.

“Pemeriksaan di lokasi mengesahkan berlakunya pemintasan untuk menghantar SMS berunsur penipuan kepada mangsa, sekali gus membuktikan aktiviti tersebut dijalankan secara terancang,” menurut MCMC.

Dalam operasi itu, peralatan Fake BTS dan peranti kawalan dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.

MCMC memaklumkan kejayaan operasi bersepadu itu adalah hasil pemantauan teknikal dan analisis rangkaian berterusan oleh MCMC yang mengenal pasti gangguan perkhidmatan komunikasi serta penyebaran SMS berunsur penipuan kepada pengguna.

“Berdasarkan risikan teknikal tersebut, satu operasi lapangan telah dirancang dan dilaksanakan secara bersepadu bersama sebuah syarikat telekomunikasi,” menurut MCMC lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] serta Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta 588, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1,000,000 atau dipenjarakan sehingga sepuluh (10) tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi kesalahan di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pelaku boleh didenda maksimum RM300,000 atau dipenjarakan sehingga tiga (3) tahun, atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan rangkaian komunikasi yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan integriti sistem telekomunikasi negara.

“Tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan rangkaian komunikasi negara kekal selamat dan terpelihara,” tegas MCMC.

*FOTO : MCMC

Get real time updates directly on you device, subscribe now.