nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU Siber bakal dimuktamad, dibentang di Parlimen Mac ini

4 FEB : Kerajaan kini dalam proses untuk memuktamadkan Rang Undang-Undang Jenayah Siber (RUU Jenayah Siber) bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563].

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata RUU itu dijangka dibentangkan di Parlimen bulan depan.

“Penggubalan RUU Jenayah Siber ini bermatlamat bagi mengatasi kelompangan undang-undang sedia ada dalam menangani ancaman jenayah siber, sekali gus memperkasa keupayaan penguatkuasaan dan melindungi keselamatan siber negara serta hak pengguna di ruang digital.

“RUU Jenayah Siber mengambil pendekatan yang lebih holistik dan terkini dengan memasukkan peruntukan yang akan merangkumi kedua-dua jenis jenayah siber iaitu jenayah berbantu siber dan jenayah bersandarkan siber,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penggubalan RUU itu menekankan prinsip ‘technology-neutral’ sebagaimana yang diterapkan dalam Council of Europe Convention on Cybercrime (Konvensyen Budapest) dan United Nations Convention against Cybercrime (Konvensyen UN).

Sementara dalam konteks konflik hibrid, beliau berkata teknologi deepfake berpotensi menjadi pemangkin utama kepada peperangan maklumat khususnya melalui penyebaran maklumat salah, mengelirukan dan berniat jahat (MDM) sebagai instrumen operasi psikologi.

“Dalam hal ini, pelbagai tindakan strategik telah, sedang dan akan diambil oleh semua pihak berkepentingan dalam memastikan ancaman ini ditangani secara komprehensif,” katanya

Beliau turut memaklumkan jemaah menteri bersetuju dengan cadangan penubuhan Pusat Pembangunan Keselamatan Siber dan Kriptologi (CSCDC) melalui pemusatan fungsi-fungsi keselamatan siber dan kriptologi.

CSCDC katanya akan menjadi pelengkap kepada pembentukan ekosistem keselamatan ruang siber negara yang terangkum, berdaya tahan, berdaya saing dan berdaulat.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan digital negara, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang menyusulkan semua tindakan meliputi teknologi AI, awan berdaulat (sovereign cloud) dan keselamatan pasca-kuantum.

Antara inisiatif dijalankan adalah pembangunan Garis Panduan Keselamatan Siber AI yang berlandaskan kepada prinsip secure-by-design; meningkatkan keselamatan kriptologi dan kesiapsiagaan pasca-kuantum dengan kerjasama Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia (PTPKM).

Selain itu, NACSA dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menerajui pembangunan awan berdaulat bagi menangani risiko bidang kuasa negara asing khususnya di bawah CLOUD Act.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.