5 FEB : Misi Global Sumud Flotila dijadual berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac depan.
Penyertaan antabangsa dalam misi pelayaran itu dilaporkan lebih meluas melibatkan beberapa negara dan pelbagai profesion termasuk doktor serta jururawat.
Pengumuman itu dibuat aktivis Global Sumud, Sumeyra Akdeniz Ordu pada sidang media yang disiarkan secara langsung, hari ini.
“Pelepasan akan bermula dari lokasi bersejarah di Barcelona, diikuti oleh Tunisia, Itali dan pelabuhan lain di Mediterranean. Kali ini kami akan berlepas pada 29 Mac.
“Kali ini kami akan belayar bersama ribuan peserta, termasuk lebih daripada seribu doktor, jururawat dan profesional kesihatan.
“Kami akan membawa bersama profesional perubatan, pembina mesra alam, serta penyiasat jenayah perang, yang menjadi perbezaan berbanding misi sebelumnya,” katanya.