nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rumah Bangsa terbuka terima siapa pun : Zahid

10 FEB : Pintu Rumah Bangsa digagaskan UMNO sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa yang ingin menyertai parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keterbukaan itu termasuk untuk mana-mana ahli parti lain yang ingin bersama UMNO.

“Sebagaimana objektif penubuhan Rumah Bangsa, ia terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin kembali atau menyertai UMNO.

“UMNO merupakan wadah kepada ahli UMNO dan juga sesiapa sahaja yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Syarikat Milikan Agensi 2026 di Kuala Nerus, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu mengulas soal kedudukan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga bekas pemimpin UMNO didakwa berdepan tindakan pemecatan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata usaha itu selaras dengan inisiatif menyatukan semula orang Melayu di bawah satu platform politik yang stabil.

“Terpulang kepada mereka sama ada untuk mengambil langkah politik atau sebaliknya, tetapi Rumah Bangsa terbuka kepada sesiapa, asalkan orang Melayu,” katanya.

Ahmad Zahid semasa ucapan dasar pada Perhimpunan Agong UMNO bulan lalu mencadangkan untuk menubuhkan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima penyertaan semula ahli-ahli parti dan yang belum menjadi ahli parti atau yang sudah meninggalkan UMNO.

Beliau juga mencadangkan penubuhan Musyawarah Nasional bagi mengurus selia dan membincang agenda politik Melayu yang menyentuh soal kedudukan agama Islam, politik, ekonomi, pendidikan, perpaduan dan masa depan anak-anak bangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.