11 FEB : Kerajaan menetapkan harga runcit diesel di Semenanjung dinaikkan sebanyak 3 sen kepada RM2.99 seliter bagi tempoh 12 Februari 2026 hingga 18 Februari 2026.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu seiring dengan peningkatan harga minyak dunia.
Namun harga runcit bagi RON95 dan RON97 kekal .
“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” menurut MoF dalam satu kenyataan, hari ini.
MoF berkata harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.10 seliter dan harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.54 seliter.
Sementara harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.
Bagi harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada RM2.15 seliter.
Dalam pada itu, MoF berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.