nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 55,000 perkahwinan dengan warga asing sejak 2019, China paling ramai

11 FEB : Sebanyak 55,458 perkahwinan rakyat Malaysia bukan Islam dengan warga asing direkodkan sepanjang 2019 hingga 2025 dengan China catat angka paling tinggi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkahwinan dengan warganegara China sebanyak 9,195 yang direkodkan melibatkan 3,030 lelaki dan 6,165 perempuan.

“Vietnam 8,620 perkahwinan melibatkan semua perempuan manakala bagi Singapura 8,802 perkahwinan dengan 5,910 lelaki dan 2,892 perempuan.

“Diikuti Thailand dengan 5,186 perkahwinan semua perempuan dan Indonesia dengan 4,263 perkahwinan juga semua perempuan,” katanya dalam jawapan bertulis disiar laman web Parlimen.

Katanya,secara keseluruhan, kelima-lima negara ini menyumbang 36,066 perkahwinan daripada 55,458 perkahwinan pasangan bukan muslim antara warganegara Malaysia dan bukan warganegara.

Beliau menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai statistik lima negara teratas bagi pengantin warga asing kepada rakyat Malaysia bukan Muslim dari 2019 hingga Julai 2025 serta proses penambahbaikan hak kepada pasangan warga asing supaya dapat menampung kehidupan keluarga.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata pasangan warga asing layak memohon Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) Kategori Pasangan Warganegara yang membolehkan mereka menetap secara sah di Malaysia namun bukan untuk bekerja.

“Secara prinsipnya, PLSJP tidak memberikan kebenaran bekerja secara automatik memandangkan tujuan pas tersebut adalah keberadaan atas asas kekeluargaan dan bukan pekerjaan, selaras dengan Peraturan 9 yang menetapkan bahawa sebarang aktiviti pekerjaan berbayar adalah tertakluk kepada pas pekerjaan yang berkenaan.

“Walau bagaimanapun, sebagai langkah penambahbaikan berasaskan kebajikan keluarga, kerajaan membenarkan pemegang PLSJP untuk memohon endosmen kebenaran bekerja melalui Jabatan Imigresen Malaysia, tertakluk kepada penilaian kes demi kes, termasuk aspek keselamatan, latar belakang, jenis pekerjaan serta pematuhan undangundang imigresen dan buruh.

“Kebenaran ini diberikan secara bersyarat dan boleh diperbaharui selaras dengan status perkahwinan yang sah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.