nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Israel dikecam lepas daftar tanah Tebing Barat sebagai ‘harta negara’

16 FEB : Arab Saudi, Kuwait dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengecam keras keputusan Israel mendaftarkan kawasan luas di Tebing Barat yang diduduki sebagai ‘harta negara’.

Langkah itu dilihat sebagai pengilhakan de facto terhadap wilayah Palestin.

Dalam kenyataan rasmi, Kementerian Luar Arab Saudi memberi amaran langkah itu akan menjejaskan usaha berterusan untuk mencapai keamanan dan kestabilan rantau.

“Tiada kedaulatan Israel ke atas wilayah Palestin yang diduduki,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu juga menyifatkan keputusan tersebut sebagai pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan ancaman terhadap penyelesaian dua negara.

Kerajaan Israel dilaporkan meluluskan cadangan yang membolehkan rampasan tanah Palestin di Tebing Barat dengan mendaftarkannya sebagai ‘harta negara’.

Sementara Kementerian Luar Kuwait mengecam tindakan yang disifatkan tidak sah dan terbatal serta menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyekat pelanggaran Israel tersebut.

“Pemberian kuasa kedaulatan kepada pihak selain Palestin di Tebing Barat yang diduduki adalah tindakan yang langsung tidak boleh diterima,” kata kementerian itu

Kuwait turut mengulangi pendirian teguh menyokong hak rakyat Palestin menubuhkan negara merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta menggesa masyarakat antarabangsa menunaikan tanggungjawab undang-undang, moral dan kemanusiaan bagi membendung pelanggaran Israel.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung GCC, Jasem Albudaiwi berkata keputusan Israel itu merupakan pelanggaran nyata dan serius terhadap undang-undang antarabangsa serta lanjutan polisi penempatan haram.

“Tindakan agresif ini jelas melanggar hak rakyat Palestin dan merupakan percubaan sistematik untuk merampas tanah mereka,” katanya.

Beliau turut menegaskan sokongan penuh GCC terhadap hak sah rakyat Palestin, khususnya penubuhan negara merdeka mengikut garis 4 Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

GCC dianggotai Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Oman.

Sebelum ini, Qatar turut mengecam langkah Israel itu sebagai sebahagian daripada rancangan haram untuk merampas hak rakyat Palestin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.