17 FEB : Umat Islam di negara ini akan mula menjalani ibadah puasa pada Khamis, 19 Februari.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad membuat pengumuman itu yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentara tadi.
Menurutnya, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Terdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada petang Selasa bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijriah.
Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.