nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ONSA jadi benteng lindungi golongan muda di media sosial

1 MAC : Keselamatan kanak-kanak dan remaja di media sosial kini menjadi keutamaan, susulan peningkatan ketara penggunaan platform digital dalam kalangan generasi muda yang menuntut langkah perlindungan lebih jelas dan berkesan.

Kebimbangan itu semakin memuncak apabila seorang lelaki warga Timor Leste dijatuhi hukuman penjara dan sebatan selepas merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dikenalinya melalui aplikasi TikTok.

Kes berkenaan sekali gus menekankan kepentingan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) serta dasar perlindungan yang lebih tegas untuk pengguna bawah umur.

Penganalisis Politik dan Media Sosial Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata ONSA berperanan sebagai mekanisme intervensi bagi mengurangkan kemudaratan dalam dunia digital, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko di media sosial.

Menurut beliau, akta itu menyediakan kerangka perundangan yang jelas dengan menetapkan tanggungjawab kepada penyedia perkhidmatan digital untuk menangani kandungan berbahaya, risiko eksploitasi, buli siber serta ancaman psikologi terhadap pengguna.

“ONSA tidak seharusnya dilihat sebagai alat kawalan semata-mata, sebaliknya sebagai pemangkin kepada perbincangan intelektual mengenai masa depan ruang awam digital negara.

“Kebebasan bersuara bukanlah kebebasan mutlak. Ia memerlukan tanggungjawab dan kawalan yang wajar. ONSA ialah alat intervensi untuk mengurangkan kemudaratan, bukan untuk menyekat secara total,” katanya kepada BBC Portal.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki warga Timor Leste selepas dia mengaku bersalah merogol pelajar perempuan berusia 15 tahun 9 bulan yang dikenalinya melalui TikTok, dua bulan sebelum kejadian.

Hakim Monica Linsua menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rafinus Bata Tukang atas kesalahan yang dilakukan pada 7 Disember 2025 kira-kira jam 7 malam di sebuah bilik sewa di Inanam.

Dalam pada itu, Sara berpandangan penguatkuasaan ONSA mampu menyokong keberkesanan dasar kerajaan berhubung larangan pembukaan akaun media sosial bagi individu bawah 16 tahun yang dijadual bermula pada 2026.

“ONSA menetapkan tanggungjawab pemberi perkhidmatan berlesen untuk menangani kemudaratan dalam talian termasuk pelaksanaan langkah keselamatan, perlindungan kanak-kanak dan mekanisme pelaporan.

“Peruntukan ‘deeming’ di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memastikan platform media sosial yang memenuhi kriteria pelesenan tertakluk kepada undang-undang Malaysia serta kerangka ONSA, sekali gus meningkatkan tahap pematuhan dan keselamatan pengguna,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan pendekatan menyeluruh amat diperlukan melalui kerjasama antara pemberi perkhidmatan digital, ibu bapa dan pendidik, agensi penguatkuasaan, pertubuhan masyarakat sivil serta komuniti bagi mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamatkhususnya untuk kanak-kanak dan keluarga.

Pada masa sama, Sara menekankan peranan ibu bapa tidak boleh dipandang remeh dan mereka perlu dibekalkan panduan serta pendidikan mengenai risiko media sosial juga kaedah memantau penggunaan peranti oleh anak-anak bagi membentuk tabiat digital yang sihat.

“Ibu bapa perlu dibimbing untuk memahami risiko serta cara pemantauan yang berkesan. Pendidikan yang berterusan mampu membantu membentuk tabiat penggunaan media sosial yang lebih selamat dalam kalangan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan ONSA yang mula berkuat kuasa pada 1 Januari lalu menggariskan kerangka perundangan komprehensif bagi meningkatkan keselamatan dalam talian serta memperkukuh perlindungan pengguna, khususnya kanak-kanak dan keluarga.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.