13 MAC : Seramai 216 wanita, 198 kanak-kanak dan 11 bayi disahkan terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran.
Berita itu disahkan jurucakap kerajaan Iran, Fatemeh Mohajerani, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).
Fatimah berkata 11 bayi berumur di bawah 5 tahun turut terbunuh dalam serangan itu.
Jelsnya, selepas dikenal pasti kesemua mangsa yang terkorban, seorang bayi perempuan berusia 8 bulan merupakan yang termuda terbunuh di Kaunti Robat Karim, Tehran.
Sementara itu, seorang bayi perempuan berusia 4 bulan antara yang cedera dalam serangan itu.
Selain lain, sejumlah 21 pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) juga dilaporkan rosak sejak perang dimulakan Israel dan AS pada 28 Februari lalu.
Dalam pada itu, 12 orang disahkan terkorban dalam sektor kesihatan dan rawatan Iran.
Pada 28 Februari lalu, serangan ke atas sebuah sekolah rendah perempuan di daerah Minab dikecam komuniti antarabangsa yang mengorbankan 150 nyawa, kebanyakan adalah murid.