nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor tidak berkenan ada yang buat ramalan tarikh 1 Syawal

13 MAC : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan andaian dan ramalan membuta tuli berkait tarikh 1 Syawal yang tersebar di media sosial.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyeru semua pihak bersabar dan tidak mudah percaya dengan spekulasi yang tersebar.

“Baginda mengambil maklum bahawa sejak kebelakangan ini terdapat pelbagai spekulasi yang tersebar di media sosial berhubung penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

“Baginda tidak berkenan dengan andaian dan ramalan membuta tuli seumpamanya yang seolah-olah boleh menimbulkan kejutan kepada umat Islam.

“Baginda menyeru semua pihak agar bersabar dan jangan mudah percaya dengan spekulasi tanpa asas. Baca dan hadamkan kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Khutbah Jumaat berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Titah baginda, pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri hanya akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada hari Khamis, 19 Mac 2026, setelah mendapat perkenan Raja-Raja Melayu seperti mana amalan dan ketetapan yang dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mempunyai kaedah penentuan awal bulan Ramadan dan Syawwal yang tersendiri melalui kaedah rukyah dan hisab yang dilaksanakan secara teratur, teliti dan berpandukan kepada keputusan pihak berkuasa agama yang berwibawa.

“Kaedah ini telah sekian lama diyakini serta dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan tidak perlu dibandingkan atau dipengaruhi oleh penetapan yang dibuat oleh negara-negara lain,” menurut kenyataan itu lagi.

Istana Alam Shah berkata sebagaimana penjelasan terbaharu daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 10 Mac 2026, permulaan awal bulan Islam adalah bergantung kepada kenampakan hilal (anak bulan) dan data-data kedudukan bulan pada tarikh cerapan di satu-satu negara.

“Setiap negara mempunyai matla’ ru’yah yang berbeza,” katanya.

Khutbah Jumaat bertarikh 13 Mac 2026 turut menyatakan kaedah-kaedah penentuan awal bulan Syawal dan menasihatkan agar semua umat Islam menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pihak berautoriti.

Dalam pada itu, kenyataan itu memaklumkan baginda menyeru umat Islam agar tidak terlalu memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai tarikh Hari Raya sehingga melalaikan daripada memanfaatkan sepuluh malam terakhir Ramadan, yang merupakan tempoh yang amat berharga untuk memperbanyakkan ibadah, doa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.