nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KJ kemuka rayuan kembali ke UMNO

16 MAC : Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipecat menyerahkan surat rayuannya untuk kembali ke parti itu, malam tadi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menerima surat itu memaklumkan rayuan tersebut akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk tindakan selanjutnya.

“Alhamdulillah. Dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan saudara Khairy Jamaluddin yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO.

“Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kepulangan Khairy itu mempamerkan makna sebenar Rumah Bangsa yang diasaskannya.

“Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa. Sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan.

“Dalam perjalanan perjuangan ini, seperti yang sering saya sebut-biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita,” katanya.

Beliau berharap Rumah Bangsa itu menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu juga umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Khairy dalam satu kenyataan berkata beliau menyatakan hasrat untuk kembali ke perjuangan UMNO tanpa sebarang syarat, hajat mahupun permintaan.

“Saya tidak minta kembali kepada bahtera bangsa ini dengan apa-apa syarat, hajat peribadi atau permintaan. Cukuplah untuk saya diberi peluang untuk menjadi seorang anak kapal biasa.

“Jika ada papan yang longgar, saya akan membantu mengetatkannya. Jika ada paku yang perlu dipalu, saya akan bantu memalunya. Jika ada palka yang perlu ditutup rapat agar air tidak masuk, saya akan pastikan ia terkunci kemas,” katanya.

Beliau yang juga bekas menteri itu menghargai keterbukaan Ahmad Zahid dalam membuka ruang untuknya kembali ke parti itu.

“Dengan jiwa besar Presiden, beliau telah menerima saya kembali ke rumah lama saya, satu-satunya rumah yang saya kenali.

“Saya menghargai keterbukaan dan kebesaran hati beliau dalam membuka ruang untuk kita melangkah ke hadapan demi memperkukuh perjuangan parti,” katanya.

Menurut Khairy lagi, permohonan rasmi agar pemecatan dari UMNO dibatalkan dan nombor keahliannya diaktifkan semula dibuat atas semangat Rumah Bangsa.

“Saya harap Presiden UMNO, Majlis Tertinggi UMNO dan Jawatankuasa Rumah Bangsa dapat mempertimbangkan hasrat saya dengan sewajarnya.

“Di saat politik tanah air berdepan dengan ketidaktentuan dan lautan bergelora, sangat penting bahtera perjuangan bangsa, UMNO yang ditubuhkan untuk menyatukan orang Melayu dan membangunkan negara untuk seluruh rakyat Malaysia diperkuatkan,” katanya.

Pada 6 Mac lalu, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO melalui Rumah Bangsa membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa yang mahu bersama dalam perjuangan UMNO termasuk bekas ahli yang dipecat atau digantung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.