17 MAC : Desakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump agar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) membantu membuka semula Selat Hormuz yang ditutup Iran nampaknya ditolak mentah-mentah.
Hari ini, negara anggota NATO dan beberapa sekutu Barat menolak desakan Trump itu.
Britain mengesahkan London sedang bekerjasama dengan sekutu bagi merangka pelan khas untuk membuka semula laluan penting penghantaran minyak itu, namun menolak sebarang misi NATO.
Sementara Jerman menegaskan konflik yang dicetus Israel dan AS itu bukan perang melibatkan NATO.
Negara lain termasuk Poland, Spain, Greece, Sweden, Finland, Perancis, Belanda, China dan Itali turut menolak desakan itu.
Sementara Jepun dan Australia turut senada dengan Canberra mengesahkan tidak akan menghantar kapal tentera laut ke kawasan tersebut.
Sebelum ini, Trump menggesa beberapa negara termasuk China, Perancis, Jepun, Korea Selatan dan Britain menghantar kapal perang bagi mengiringi kapal tangki minyak melalui selat itu.
Trump memberi amaran keengganan NATO membantu hanya akan memberi kesan yang sangat buruk untuk masa depan.