nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC, telco perkukuh rangkaian sempena Aidilfitri

19 MAC : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) mengambil langkah awal untuk memperkukuh rangkaian dan operasi komunikasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut MCMC, usaha itu dilaksanakan bagi memastikan orang ramai terus menikmati perkhidmatan komunikasi yang lancar dan stabil khususnya untuk membuat panggilan, menghantar mesej, menggunakan Internet, berhubung melalui video serta mendapatkan bantuan kecemasan apabila diperlukan.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan sejak awal Mac, sebanyak 866 inisiatif pengukuhan rangkaian sementara telah dilaksanakan oleh telco di seluruh negara bagi menampung peningkatan penggunaan semasa musim perayaan.

Katanya, daripada jumlah itu 774 kerja pengoptimuman rangkaian untuk meningkatkan kualiti liputan dan kapasiti, 27 pengaktifan dan modenisasi rangkaian 5G, 21 penyelesaian sementara seperti Portable Base Transceiver Station (PBTS), Cellular on Wheel (COW), Mobile Base Transceiver Station (MBTS) dan Mobile Communications Vehicle (MCV) bagi menambah sokongan liputan di kawasan tumpuan serta 19 kerja naik taraf rangkaian.

Selain itu, 14 perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN), 10 pengaktifan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (MOCN) dan 1 tapak baharu telah diaktifkan.

Menurut kenyataan MCMC itu, langkah-langkah ini memberi tumpuan kepada lokasi yang dijangka mengalami peningkatan trafik komunikasi yang tinggi seperti lebuh raya utama, kawasan Rehat dan Rawat (R&R), hentian sebelah, destinasi pelancongan serta kawasan tumpuan orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Bagi memastikan tahap perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik, semua telco telah diarahkan untuk memantau prestasi rangkaian secara berterusan dan mengambil tindakan segera sekiranya berlaku gangguan atau penurunan kualiti perkhidmatan.

“MCMC pula akan terus memainkan peranan sebagai penyelaras dan pemantau melalui pejabat-pejabat negeri, termasuk melaksanakan pemantauan lapangan secara responsif di lokasi-lokasi kritikal dan tumpuan ramai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, orang ramai disaran untuk menghubungi telco masing-masing sekiranya mengalami masalah rangkaian.

Selain itu, aduan juga boleh disalurkan melalui saluran portal rasmi MCMC di aduan.mcmc.gov.my supaya tindakan susulan dapat diambil dengan lebih cepat dan berkesan.
“MCMC kekal komited memastikan rakyat terus menikmati perkhidmatan komunikasi yang lancar dan selamat, khususnya pada waktu-waktu penting seperti Hari Raya Aidilfitri ketika pulang ke kampung dan meluangkan masa bersama keluarga,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.