nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jiwai roh Ramadan, sederhana dalam menyambut Aidilfitri

20 MAC : Rakyat Malaysia diajak agar lebih menjiwai roh Ramadan dengan bersederhana dalam menyambut Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kita harus lebih peka dan prihatin terhadap tempias yang dirasai di negara ini akibat perang yang melanda termasuk di Iran.

“Negara kita tidak terlepas dari perkembangan geopolitik termasuk dari perang teluk, dunia Arab dan Iran akibat serangan ganas rejim Israel dengan dukungan Amerika Syarikat ke atas negara Islam, Iran dan tempiasnya itu menjalar ke negara-negara jiran.

“Sementara kita berada di ambang Aidilfitri dan menerima kenyataan perkembangan serta kegawatan politik, kerencaman serta kemelut yang berlaku khususnya di Asia Barat, kita harus lebih peka, prihatin, lebih menjiwai gesaan juga roh Ramadan dan pesan al-Quran untuk menyempurnakan ibadah, menyambut apa juga sambutan budaya atau Aidilfitri dengan lebih sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Aidilfitri 2026 Perdana Menteri, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata kita harus lebih waspada kerana kesan dari peperangan itu tentunya akan menjalar ke negara ini.

Menurutnya, ia akan memberi kesan kepada harga minyak, harga barang, kos sara hidup dan tekanan kepada ekonomi negara.

“Sebab itulah sementara kerajaan akan berusaha sedaya upaya meringankan rakyat dari beban yang bakal ditimpa kita bertanggungjawab untuk kembali menjiwai roh Ramadan dan semangat membela nasib rakyat miskin.

“Saya percaya insya-Allah dengan persiapan dan perancangan yang baik, negara kita boleh kekal optimis dengan kedudukan ekonomi yang telah kita capai terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan MADANI akan berusaha mempertahan dan mengukuhkan kedudukan tatkala cabaran kian melanda.

Beliau mengajak rakyat agar membulatkan tekad untuk merealisasikan agenda Malaysia MADANI dengan menjadi landasan asasi yang mengangkat martabat insan, menegak keadilan, mempertahankan prinsip hidup, benar dan meratakan kemakmuran serta keselamatan negara terjamin.

Beliau mengakhiri perutusan itu dengan ucapan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin untuk rakyat Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.