nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPKM siap siaga, pastikan bekalan stabil hadapi risiko global

24 MAC :  Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama agensi berkaitan sedang memperkukuh langkah kesiapsiagaan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara, susulan ketidaktentuan landskap global serta cabaran cuaca panas.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu melibatkan usaha mempertingkat pengurusan bekalan, mengukuhkan rantaian agromakanan serta melaksanakan pelbagai langkah mitigasi bagi meminimumkan kesan faktor luaran terhadap pasaran dalam negara.

Menurutnya, tumpuan itu penting bagi memastikan bekalan makanan negara kekal stabil dan mencukupi walaupun berdepan pelbagai risiko termasuk konflik geopolitik di peringkat antarabangsa.

“Landskap global ketika ini masih tidak menentu. Konflik geopolitik di Asia Barat berpotensi memberi kesan kepada rantaian bekalan global, khususnya melalui peningkatan harga minyak dan kos logistik yang akhirnya boleh mempengaruhi harga makanan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas soal situasi bekalan makanan sempena sambutan Aidilfitri, Mohamad menyifatkan bekalan terus stabil, mencukupi dan boleh diakses pada harga kompetitif.

Katanya, keadaan itu adalah hasil kerjasama bersepadu antara KPKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), agensi kerajaan serta pihak industri yang bersama-sama memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin sepanjang musim perayaan.

Bagaimanapun, Mohamad menegaskan kerajaan tidak boleh leka memandangkan negara turut berdepan cabaran cuaca panas serta perubahan iklim yang boleh menjejaskan produktiviti sektor pertanian dan pengeluaran makanan domestik.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan melalui KPKM akan terus memperkukuh sistem makanan negara agar lebih berdaya tahan dan mampan.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru semua pihak termasuk pemain industri, petani, penternak serta pengguna supaya memainkan peranan masing-masing dalam memperkukuh sistem makanan negara.

“Kerajaan MADANI kekal komited memastikan bekalan makanan negara mencukupi, stabil dan mampu diakses oleh rakyat dalam apa jua keadaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.