24 MAC : Polis Singapura menyiasat kes melibatkan seorang lelaki warga Malaysia yang didakwa terbabit kes curi kenderaan di negara itu.
Suspek dikenali sebagai Mohd Mazuan Abdullah, 39 membawa pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) ke lokasi kejadian di Sungei Kadut Street 4, kira-kira jam 3 petang, semalam.
Mazuan diserahkan kepada Singapura pada 16 Mac lalu.
Sindiket itu dipercayai terbabit dalam penjualan kenderaan curi menggunakan maklumat diklon daripada kenderaan berdaftar secara sah.
Media tempatan melaporkan sindiket itu mengubah nombor casis dan enjin supaya sama dengan kenderaan sah selain memalsukan dokumen seperti kad pendaftaran sebelum dijual di pasaran kereta terpakai.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan berjaya menumpaskan sindiket tersebut dengan penahan 10 lelaki dan dua wanita antara 12 hingga 15 Mac lalu selain merampas 12 kenderaan bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Data menunjukkan 245 kes dilaporkan pada tahun lalu.