nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keputusan MIC kekal dalam BN, manifestasi kematangan politik

KENYATAAN MEDIA

SETIAUSAHA AGUNG BARISAN NASIONAL

DATUK SERI DR ZAMBRY ABD KADIR

1. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada CWC MIC yang bermesyuarat semalam atas keputusan yang jelas, tegas dan berpandangan jauh untuk terus kekal bersama Barisan Nasional (BN).

2. Keputusan ini bukan sekadar satu pendirian politik semasa, tetapi merupakanm cerminan kepada akar sejarah dan semangat perjuangan yang telah lama terbina sejak era Perikatan (1955–1973) dan kemudiannya diperkukuh melalui BN (1974 hingga kini). Dalam tempoh panjang ini, gabungan ini telah melalui pelbagai ujian, daripada cabaran perkauman, tekanan politik, hinggalah kepada perubahan landskap nasional, namun BN masih kekal bertahan kerana asasnya adalah kepercayaan, kesetiaan dan tanggungjawab bersama.

3. Keputusan untuk kekal bersama BN juga mempunyai justifikasi yang kukuh dan rasional:

(i) Pertama, kestabilan dan kesinambungan. Dalam keadaan politik yang semakin berpecah dan tidak menentu, rakyat memerlukan satu platform yang stabil dan berpengalaman. BN membuktikan kemampuannya mentadbir negara secara inklusif dan pragmatik, menjadikannya satu wadah yang masih relevan.

(ii) Kedua, kekuatan muafakat pelbagai kaum. BN bukan sekadar gabungan parti tetapi satu model kerjasama antara kaum yang telah diuji oleh masa. Dalam konteks Malaysia yang majmuk, kekuatan ini amat penting untuk memastikan keharmonian sosial terus terpelihara.

(iii) Ketiga, keupayaan untuk memperbaharui diri. Walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, BN tidak statik. Ia sedang melalui proses penstrukturan semula, memperkukuh organisasi dan memperbaharui pendekatan agar lebih responsif kepada kehendak rakyat masa kini.

(iv) Keempat, menolak politik perpecahan. Dalam suasana di mana terdapat usaha

untuk memecah-belahkan kesatuan sedia ada, keputusan ini menghantar isyarat jelas bahawa prinsip kebersamaan dan solidariti tidak boleh digadai demi kepentingan jangka pendek.

4. Justeru, usaha memperkemaskan Barisan Nasional akan terus dipergiatkan. Selagi semangat kesatuan ini dipertahankan dengan jujur dan ikhlas, sebarang cubaan untuk melemahkan atau memecah-belahkan gabungan ini akan dapat ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan kekuatan dalaman.

5. Akhirnya, keputusan ini bukan hanya tentang hari ini, tetapi tentang masa depan bahawa politik yang berteraskan kesatuan, kesederhanaan dan tanggungjawab masihmempunyai tempat yang penting dalam membina Malaysia yang lebih stabil dan sejahtera.

DATUK SERI DR ZAMBRY ABD KADIR

SETIAUSAHA AGUNG BARISAN NASIONAL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.