nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPDN perkukuh penguatkuasaan, kekang ketirisan

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuhkan elemen penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan dan penyeludupan selain daripada memastikan kestabilan bekalan barang kawalan terjamin di pasaran meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik akibat konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. Iltizam dan usaha berterusan KPDN ini, selari dengan saranan dan hasratPerdana Menteri bagi memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara terus terjamin dan dapat memenuhi keperluan rakyat.

Sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam rantaian bekalan barang kawalan, KPDN telah merangka strategi yang lebih agresif bagi mendepani sebarang kemungkinan gangguan bekalan bahan api global yang boleh memberi kesan langsung kepada ekonomi negara. Beberapa langkah strategik akan dilaksanakan bagi memastikan bekalan mudah didapati oleh rakyat.

Selari dengan inisiatif kelangsungan tenaga, bermula 1 April 2026, KPDN akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan penjualan dan pembelian minyak Petrol RON95 oleh kenderaan berpendaftaran asing. Langkah ini adalah antara strategi bagi memastikan subsidi terus dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja.

KPDN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik/pemandu kenderaan asing atau pengusaha stesen minyak yang melanggar peraturan ini akan berhadapan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Bermula 1 April 2026 juga, khusus untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, KPDN telah mengeluarkan arahan kepada semua pelesen stesen minyak supaya melaksanakan kawalan penjualan minyak diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat mengikut kategori kenderaan, dalam kuantiti 50 liter, 100 liter, dan 150 liter pada setiap transaksi pembelian.

Langkah ini adalah penting bagi memastikan bekalan minyak diesel yang dijual pada harga subsidi RM2.15 seliter di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak dieksploitasi oleh sindiket penyeludupan atau sektor industri yang tidak layak.

Dalam aspek penguatkuasaan, seramai 2,400 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara kini berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi bagi melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan di lapangan.

Melalui OPS TIRIS 4.0, KPDN akan memperkukuh kerjasama strategik secara bersepadu dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), PDRM dan agensi penguatkuasaan yang lain bagi menutup sebarang ruang penyelewengan dan ketirisan.
KPDN memberi amaran keras bahawa sebarang cubaan oleh mana-mana pihak, sama ada individu mahupun sindiket yang cuba mengambil kesempatan dalam situasi konflik global ini tidak akan dikompromi. Perbuatan menyeleweng subsidi negara merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat dan negara. Tindakan penguatkuasaan paling tegas akan diambil tanpa sebarang toleransi.

Seluruh rakyat Malaysia sama ada pengguna, peniaga mahupun pihak industri atau mana-mana organisasi diseru agar bersama-sama menyokong gerakan KITA GEMPUR (Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan) demi manfaat kita bersama.

Sebarang aduan atau maklumat berkaitan boleh disalurkan melalui saluran berikut:
i. WhatsApp 019-848 8000;
ii. Portal e-Aduan KPDN (https: iii. Call Centre 1-800-886-800; dan
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN.

DATUK AZMAN ADAM
Ketua Pengarah Penguat kuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

Get real time updates directly on you device, subscribe now.