nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mansuh peruntukan ahli Parlimen, cadangan populis : BBC

31 MAC  : Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) menyifatkan cadangan memansuhkan peruntukan ahli Parlimen hanya ilusi fiskal dan mainan persepsi populis pembangkang.

Pengerusi BBC, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menegaskan cadangan itu tidak menghasilkan penjimatan sebenar kepada negara.

“Saya merujuk kenyataan YB Ahmad Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas yang mencadangkan agar peruntukan RM 3.5 juta kepada setiap ahli Parlimen dimansuhkan atas alasan penjimatan fiskal cadangan ini bersifat populis dan tidak mencerminkan kefahaman sebenar terhadap realiti pengurusan fiskal negara.

“Dalam keadaan dunia sedang berdepan ketidaktentuan geopolitik, tekanan inflasi global serta gangguan rantaian bekalan tenaga dan makanan, negara memerlukan cadangan dasar yang berasaskan realiti ekonomi semasa
Hakikatnya, cadangan ini tidak menghasilkan penjimatan sebenar kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata komitmen terhadap kebajikan rakyat tetap perlu dilaksanakan melalui pelbagai saluran perbelanjaan kerajaan.

Namun katanya, cadangan pembangkang itu hanya mencipta gambaran mudah mengenai kedudukan fiskal negara tanpa menyentuh struktur sebenar perbelanjaan awam.

“Ketika Kerajaan MADANI sedang melaksanakan reformasi fiskal yang menuntut ketegasan dasar dan disiplin kewangan, pembangkang memilih mengangkat cadangan yang tidak menyentuh cabaran sebenar kedudukan ekonomi negara.

“Pembangkang juga terus memainkan naratif politik jangka pendek ketika kerajaan sedang melaksanakan langkah berstruktur termasuk subsidi bersasar pengurangan ketirisan, kepelbagaian sumber tenaga serta pengukuhan keselamatan bekalan makanan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata langkah-langkah itu memerlukan kejelasan dasar dan ketekunan pelaksanaan dan ketika ini rakyat memerlukan kestabilan, dasar jelas serta kepimpinan yang memahami cabaran ekonomi global.

Tambahnya, cadangan yang dibangkitkan pembangkang tidak memberikan penyelesaian kepada tekanan sebenar yang dihadapi rakyat.

“Negara perlu diurus berasaskan tanggungjawab dan keutamaan yang jelas. BBC menyokong usaha Kerajaan MADANI yang memberi tumpuan kepada langkah fiskal berimpak tinggi demi kestabilan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.