nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan kenaikan tarif elektrik tidak benar : TNB

2 APR : Tenaga Nasional Berhad (TNB) menolak maklumat palsu yang tersebar berkait kenaikan tarif elektrik mulai April.

TNB dalam satu kenyataan menegaskan maklumat itu tidak benar dan mengelirukan.

Justeru itu, pihaknya akan melaporkan penyebaran maklumat tidak benar itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

“TNB memandang serius mengenai mesej dan visual palsu tular yang mendakwa terdapat kenaikan tarif elektrik bermula April seperti yang dinyatakan.

“Untuk makluman, maklumat tersebut adalah tidak benar dan berpotensi mengelirukan orang ramai,” menurut TNB dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, TNB menegaskan sebarang pelarasan kos elektrik pada masa ini tertakluk kepada Mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) yang dilaksanakan dalam sektor tenaga sejak Julai 2025 lalu.

“Kadar AFA adalah berdasarkan perubahan harga bahan api global serta kadar pertukaran mata wang asing dan diselaraskan secara bulanan melalui pengesahan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST),” menurut TNB.

Dalam pada itu, TNB menegaskan sebarang perubahan berkaitan kadar AFA akan diumumkan secara rasmi oleh TNB melalui saluran yang sah.

“TNB komited untuk memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat dan telus.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan, merujuk hanya kepada pengumuman rasmi daripada TNB dan menyemak kesahihan kandungan sebelum berkongsi bagi mengelakkan kekeliruan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat meragukan boleh disalurkan melalui Facebook TNB Careline, X @Tenaga_Nasional atau e-mel ke CareLine@myTNB.my .

Get real time updates directly on you device, subscribe now.