nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM bincang perkembangan krisis tenaga global dengan MB, KM

2 APR : Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri hari ini menjadi wadah penting untuk meneliti secara menyeluruh perkembangan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan yang diambil berteraskan data serta realiti semasa, agar setiap pimpinan negeri dapat bertindak secara selari, bersepadu dan berpaksikan fakta bersama Kerajaan Persekutuan.

“Dalam kerangka ini, kerajaan menggerakkan perancangan senario yang teliti dan menyeluruh bagi mendepani pelbagai kemungkinan termasuk memastikan kesinambungan bekalan tenaga negara sentiasa terjamin dalam apa jua keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas itu, hari ini.

Dalam kenyataan sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata fokus Kerajaan MADANI kekal tegas dan tidak berganjak untuk memastikan kestabilan bekalan, membendung tekanan kenaikan harga serta melindungi rakyat daripada kesan langsung krisis ini.

“Setiap langkah dilaksana dengan penuh tanggungjawab dan pertimbangan, dengan keutamaan jelas untuk menjaga kebajikan rakyat melalui inisiatif sokongan yang bersasar dan berkesan,” katanya.

Dalam masa sama katanya, libat urus strategik bersama semua pemegang taruh termasuk pihak industri dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus diperkukuh agar setiap pendekatan bersifat menyeluruh, seimbang dan berimpak tinggi.

Katanya, semangat kebersamaan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri kekal menjadi teras utama.

“Saya yakin Malaysia akan terus teguh, berdaya tahan serta mampu melindungi rakyat dalam apa jua keadaan,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.