nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC raih Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia

3 APR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima pengiktirafan dalam kategori Analitik-Telekomunikasi pada Malaysia Technology Excellence Awards 2026 susulan pembangunan platform kecerdasan rangkaian nasional, MCMC Nexus.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan pengiktirafan itu mencerminkan kemajuan pihaknya dalam memanfaatkan pendekatan berasaskan data bagi memperkukuh pemantauan kawal selia serta meningkatkan kualiti keseluruhan perkhidmatan telekomunikasi di seluruh negara.

“MCMC Nexus membolehkan pemantauan prestasi rangkaian secara masa nyata dengan menukar data ukuran rangkaian daripada pengguna kepada analisis yang boleh digunakan.

“Pendekatan itu membantu mengenal pasti jurang liputan dengan lebih tepat, menyokong tindakan lebih pantas serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

“Salah satu ciri utama platform berkenaan ialah fungsi Auto Alert yang sejajar dengan Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS).

“Ciri itu membolehkan pengesanan awal kemerosotan perkhidmatan dan memudahkan tindakan susulan bersama pengendali rangkaian mudah alih (MNO),” menurut MCMC.

Dalam pada itu, suruhanjaya itu turut menegaskan MCMC Nexus dibangunkan berasaskan prinsip privacy-by-design dan tidak mengumpul maklumat peribadi pengguna.

“Semua data yang digunakan adalah anonim bagi memastikan analisis rangkaian dapat dilakukan tanpa menjejaskan privasi.

“Perkara itu turut disahkan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi yang memaklumkan aplikasi berkenaan hanya menggunakan data prestasi rangkaian tanpa maklumat peribadi,” menurut MCMC.

Sementara itu, dalam acara sama, Bahagian Modal Insan MCMC turut menerima pengiktirafan dalam kategori Realiti Terimbuh dan Realiti Maya-Organisasi Kerajaan menerusi inisiatif pembelajaran imersif MetaHRise yang bertujuan meningkatkan pembangunan keupayaan melalui kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman.

Menurut MCMC, pengiktirafan tersebut menonjolkan keupayaan suruhanjaya itu membangunkan teknologi kawal selia berimpak tinggi serta memperkukuh komitmen terhadap inovasi, pembangunan bakat dalaman dan penggunaan data bagi memacu ekosistem digital negara.

Orang ramai juga digalakkan mencuba MCMC Nexus dengan memuat turun aplikasi berkenaan melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.