nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ratusan bahagian hidupan liar termasuk harimau, beruang disita di Johor

KENYATAAN MEDIA

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA
Pada 4 April 2026, pihak Jabatan PERHILITAN telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis kediaman di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Pemeriksaan telah dibuat bersama seorang lelaki warganegara Vietnam yang merupakan penghuni rumah tersebut.

Hasil pemeriksaan berjaya menjumpai pelbagai bahagian hidupan liar iaitu 602 biji disyaki hempedu ular sawa, 420 biji disyaki hempedu beruang, 107 ketulan mampat disyaki bahagian harimau, 135 ketulan mampat disyaki bahagian primat dan 191 batang disyaki bahagian syawat ular sawa.

Orang yang disyaki, warganegara Vietnam tersebut telah gagal mengemukakan sebarang dokumen menyimpan yang sah daripada Jabatan PERHILITAN.

Semua bahagian hidupan liar tersebut telah disita dan dibawa balik ke pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya. Nilai sitaan semua barang kes dianggarkan sebanyak RM36,842,325.00.

Kes ini disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] iaitu menyimpan bahagian hidupan liar tanpa kebenaran yang sah di bawah Seksyen 60 dan Seksyen 68.

Jika disabitkan kesalahan, bagi hidupan liar yang dilindungi bawah Seksyen 60, denda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Bagi hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya bawah Seksyen 68, denda tidak kurang RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi tempoh 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi bahagian hidupan liar disyaki spesies beruang dan harimau kesalahan dibawah Subseksyen 68(2)(c) memperuntukkan hukuman tidak kurang RM150,000.00 bagi setiap bahagian dan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun.

Jabatan PERHILITAN ingin memberi amaran kepada mana-mana individu yang menyimpan atau menjalankan aktiviti jenayah hidupan liar agar menghentikan aktiviti terbabit atau bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang yang tegas.

Jabatan PERHILITAN juga mengharapkan orang ramai akan terus memberikan sokongan dan membantu dengan menjadi mata dan telinga Jabatan PERHILITAN melalui penyaluran maklumat dalam usaha memerangi jenayah hidupan liar. Maklumat boleh disalurkan melalui talian Hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di laman web www.wildlife.gov.my

DATUK ABDUL KADIR ABU HASHIM
KETUA PENGARAH
JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN
TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.