8 APR : Pintu rundingan UMNO sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja termasuk dalam hal berkait pilihan raya negeri (PRN).
Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian susulan kenyataan PRK Johor yang menyatakan sedia berunding dengan parti itu.
“Kami tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana parti. Umno sentiasa terbuka untuk berunding dengan semua parti. Tiada isu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Persidangan Pendidikan Antarabangsa Mara, hari ini.
Terdahulu, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.
Namun kata Zaliha, rundingan itu perlu dijalankan dengan tertib dan berhemah.