10 APR : Penutupan Selat Hormuz selepas Israel menyerang Lubnan meningkatkan lagi harga minyak mentah.
Perkembangan itu dilihat dalam dagangan awal Asia.
Hari ini, setakat jam 1 pagi GMT niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.87 peratus (%) kepada AS$96.75 setong.
Niaga hadapan minyak mentah AS turut mencatat kenaikan lebih 1%.
Peningkatan itu susulan kebimbangan pasaran yang didorong ketidaktentuan di laluan perkapalan strategik Selat Hormuz.
Iran sebelum ini membenarkan kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz selepas mencapai persetujuan melaksanakan gencatan senjata selama dua minggu dengan Amerika Syarikat (AS).
Namun, sekutu AS, Israel menyerang Lubnan secara berterusan hingga meragut banyak nyawa.
Justeru itu, Iran kembali menyekat perjalanan kapal daripada melalui selat itu.