nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kelengkapan, keupayaan MALBATT bukan untuk zon perang

11 APR : Kelengkapan dan keupayaan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL) bukan untuk operasi zon peperangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata anggota dan pegawai yang dihantar ke sana sebagai pasukan pengaman di bawah PBB.

Namun keadaan keselamatan di Lubnan kian meruncing susulan konflik berterusan antara Israel dan Hezbollah hingga menyebabkan tiga anggota pengaman Indonesia maut, baru-baru ini.

“Apabila kita menghantar pasukan ke UNIFIL, tujuannya ialah sebagai pasukan pengaman antara pihak-pihak yang bertelagah supaya tidak meneruskan peperangan.

“Tetapi hari ini keadaan telah bertukar apabila mereka berperang antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Pengakalan Bot Oren Kampung Gembut, hari ini.

Dalam pada itu katanya, keputusan sama ada pasukan pengaman Malaysia kekal di Lubnan atau pulang akan diputuskan bersama PBB.

“Kalau keputusannya kekal, kita kekal. Kalau keputusannya boleh balik, maka kita akan balik.

“Keputusan itu dibuat antara kerajaan dengan PBB, bukan oleh Kementerian Pertahanan sahaja,” katanya.

Menurut Mohamed Khaled, isu tersebut sudah di bawa ke Kabinet dan Wisma Putra juga sudah memberikan maklum balas rasmi kepada PBB.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.