nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GSF 2.0 : 29 rakyat Malaysia ditahan Israel sudah dibebaskan

21 MEI : Kesemua 29 rakyat Malaysia yang ditahan Israel ketika pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza sudah dibebaskan.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Arab berkata kesemuanya dijangka berlepas pulang dari Turkiye pada Sabtu ini dan dijadual tiba pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurutnya, 39 rakyat dari negara lain juga sudah dibebaskan rejim zionis Israel.

Sani Araby berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan koordinasi pergerakan rakyat Malaysia dari Israel ke Istanbul.

“SNCC dimaklumkan oleh pihak Perdana Menteri bahawa Presiden Turkiye telah menghantar tiga buah kapal terbang Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon yang terletak di tanah haram Israel.

“SNCC juga mengesahkan laporan terkini dari ADALAH bahawa 428 aktivis flotila kini sedang dipindahkan menaiki bas menuju ke Lapangan Terbang Ramon dan dijangka tiba di Istanbul menggunakan tiga penerbangan tajaan khas kerajaan Turkiye dengan kod TK6919, TK6921 dan TK6925,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia terlibat akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Istanbul sementara kesemua penerbangan dijadual berlepas esok dari Israel dan tiba di Turkiye jam 10 malam waktu Malaysia.

Difahamkan ada maklumat terdapat tahanan yang cedera teruk akibat dipukul ketika dalam tahanan rejim itu.

Pertubuhan hak asasi undang-undang, ADALAH mengesahkan sudah menerima makluman rasmi daripada Perkhidmatan Penjara Israel serta pihak berkuasa tentang pembebasan kesemua aktivis tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.